Selamat datang daripada Ibnu Batutta Travel

Ibnu Batutta Travel adalah sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pengurusan tiket, Umrah dan ziarah, Percutian ke Jordan, Mesir, Turki, Palestin dan lain-lain destinasi yang menarik.

Perkhidmatan Pengurusan Tiket Penerbangan

Pihak Ibnu Batutta Travel menyediakan perkhidmatan pengurusan dan tempahan tiket ke seluruh destinasi dengan harga yang berpatutan.

Umrah dan ziarah bersama Ibnu Batutta Travel

firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Pakej Kembara Jordan

Menyediakan perkhidmatan pelancongan ke seluruh tempat menarik dan bersejarah di sekitar Jordan.

Tawaran harga Tiket Terendah Untuk Pulang ke Malaysia

Kami telah membuka tempahan untuk semua Mahasiswa/wi yang menuntut di Jordan untuk pulang ke Malaysia bersama kami dengan harga yang istimewa. maklumat lanjut sila lihat pada paparan yang berkaitan..

Memaparkan catatan dengan label Terma dan Syarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terma dan Syarat. Papar semua catatan

Rabu, 25 Januari 2012

TERMA DAN SYARAT UNTUK TEMPAHAN TIKET

(Borang bagi penempah bagi yang menggunakan cara manual, anda juga boleh membuat tempahan disini)


Terma & Syarat:
1.Sila pastikan tarikh, nama dan no passport anda BETUL ketika maklumat diberikan. Pihak travel
tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah kesalahan berikut.

2. Pastikan berat kargo@barangan anda tidak melebihi had yang ditetapkan oleh pihak penerbangan
untuk mengelakkan sebarang bayaran dikenakan.

3. Pastikan anda berada di Airport selewat-lewatnya 2JAM sebelum masa berlepas untuk
mengelakkan anda daripada terlepas penerbangan.

4. Pastikan anda membawa PASSPORT, TIKET & IQOMAH. Iqomah hendaklah dipastikan tidak
mempunyai masalah untuk mengelakkan sebarang pembayaran dikenakan oleh pihak Imigresen Jordan.

5.Bayaran pendahuluan sebanyak Jd5 dikenakan untuk proses pengurusan. Baki pembayaran
hendaklah dibayar secepat mungkin untuk mengelakkan kenaikan harga. Pihak Travel tidak akan
bertanggungjawab dengan perubahan harga oleh syarikat penerbangan.

6. Pastikan anda tidak membawa peralatan-peralatan yang tidak dibenarkan oleh syarikat penerbangan
ke dalam kabin (hand carry) seperti; cecair, peralatan tajam, dadah dan lain-lain.

7. Pihak Travel sedia membantu kepada mana-mana pembeli dalam urusan penukaran tarikh yang
telah ditempah. cas bayaran tertakluk kepada cas yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

8. Sebarang masalah bolehkan terus menghubungi wakil Ibnu Batutta @ email:
ibnubatuttatravel@yahoo.com @ Fb.