Selamat datang daripada Ibnu Batutta Travel

Ibnu Batutta Travel adalah sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pengurusan tiket, Umrah dan ziarah, Percutian ke Jordan, Mesir, Turki, Palestin dan lain-lain destinasi yang menarik.

Perkhidmatan Pengurusan Tiket Penerbangan

Pihak Ibnu Batutta Travel menyediakan perkhidmatan pengurusan dan tempahan tiket ke seluruh destinasi dengan harga yang berpatutan.

Umrah dan ziarah bersama Ibnu Batutta Travel

firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Pakej Kembara Jordan

Menyediakan perkhidmatan pelancongan ke seluruh tempat menarik dan bersejarah di sekitar Jordan.

Tawaran harga Tiket Terendah Untuk Pulang ke Malaysia

Kami telah membuka tempahan untuk semua Mahasiswa/wi yang menuntut di Jordan untuk pulang ke Malaysia bersama kami dengan harga yang istimewa. maklumat lanjut sila lihat pada paparan yang berkaitan..

Rabu, 6 Julai 2011

QATAR AIRWAYS

Qatar Airways


Qatar Airways (Arab: القطرية) adalah syarikat penerbangan utama negara Qatar yang berpangkalan di Doha dan melayani 81 destinasi antarabangsa. Qatar Airways adalah satu daripada lima syarikat penerbangan di dunia yang bertaraf lima bintang untuk kecermelangan dalam perkhidmatan olehSkytrax, sebuah agensi yang memantau industri penerbangan sedunia. Skytrax juga telah menamakan kru kabinnya sebagai yang "Terbaik di Timur Tengah" buat tahun keempat berturut-turut pada 2006 dan juga syarikat penerbangan kedua terbaik di dunia menurut tinjauan pendapat yang disertai lebih 12 juta penumpang. Pada 2007, Qatar Airways diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik di Timur Tengah dan keempat terbaik di dunia, dalam satu acara anugerah Skytrax 2007.

Sejarah

Qatar Airways ditubuhkan pada 22 November 1993 sebagai penerbangan utama negara Qatar. Penerbangan pertama berlangsung pada 20 Januari 1994 menggunakan kapal terbang Boeing 737-200. Ini disusuli dengan dua buah pesawat Airbus A310 tetapi didapati terlalu besar. Syarikat ini juga telah membeli 2 buah Boeing 727 yang pernah digunakan dan juga dua Boeing 747SR untuk melayani destinasi ke London Gatwick, Male, Colombodan Bangkok.

Syarikat ini sejak penubuhannnya banyak mengalami kerugian. Pada 1997, sebuah pengurusan baru ditubuhkan bagi memperbaiki keadaan. Sebuah seragam yang baru diciptakan dan syarikat ini mula menggunakan hanya kapal terbang Airbus untuk semua penerbangannya. Pesawat Airbus yang lama tidak digunakan lagi dan dijual dan digantikan dengan pesawat yang baru (untuk penerbangan jarak jauh, pesawat A300 digunakan dan untuk penerbangan jarak dekat, pesawat A320). Sejak perubahan itu, syarikat ini telah berkembang dengan pesat walaupun setelah berlakunya insiden 9/11. Destinasi-destinasi ke Asia, Afrika dan Eropah juga ditambah.


Kabin

Semua kelas penerbangan Qatar Airways (kecuali A300/319/320/321) memiliki layar video di setiap tempat duduk. Siaran television satelit secara langsung juga ditawarkan di kapal terbang A330 dan A340 yang menawarkan rancangan Eropah dan Arab. Semua kapal terbang penerbangan jarak jauh dianggarkan akan dimuatkan dengan perkhidmatan televisyen satelit ini pada hujung tahun 2007.

Kelas Pertama

Kelas Pertama menawarkan tempat tidur sebesar 180°, sistem hiburan dalam kapalterbang sebesar 15 inci yang menawarkan wayang, televisyen dan audio, dan juga kemudahan-kemudahan lain seperti telefon peribadi, duvet, selipar, baju tidur dan alat kelengkapan membersihkan diri.


Terminal Premium Khas Qatar Airways

Terminal Premium dibina khas untuk penumpang-penumpang dari Kelas Pertama dan Kelas Bisnes dan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 2006. Dibina dalam jangka masa 9 bulan dengan harga US$90 juta, terminal sebesar 10,000 batu persegi ini mengandungi kemudahan-kemudahan seperti kaunter daftar masuk, tempat membeli-belah bebas cukai, bilik persidangan, sauna, jakuzi dan restoran.

ROYAL JORDAN AIRWAYS



EMIRATES AIRWAYS