HARI PERTAMA | ||||
1. | Ma’rakah Yarmouk | Tempat berlakunya peperangan antara muslim Arab dan kerajaan Romawi Timur pada tahun 636M. Pertempuran ini menandakan kepada gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab. | ||
2. | Umm Qais | Sebuah kota lama yang pernah ditakluk oleh beberapa kerajaan besar seperti greek, romawi, Byzantine dan kerajaan Turki Othmaniah. Tempat yang berdekatan dgn Tasek Tiberia yang dikatakan tempat datangnya yakjut dan makjut. | ||
3. | Makam sahabat | Muaz bin Jabal | Diantara sahabat Nabi sa.w. yang terawal memeluk Islam dan berbai’ah. Wafat pada 18 hijrah. | |
Saad bin Abi Waqas | Salah seorang Sahabat Nabi s.a.w yang banyak keluar berperang bersama Nabi s.a.w. diantaranya perang badar, perang uhud dan perang menentang kerajaan Persia. | |||
Syurhabil bin Hassan | Salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang berjuang menetang tentera kafir. | |||
Abi Ubaidah bin Jarrah | Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekkah yang termasuk paling awal memeluk islam. Menjadi panglima perang menentang tentera romawi. | |||
4. | Laut mati | Kawasan yang terendah di dunia dan kandungan garam yang tinggi dalam airnya. Merupakan tempat terjadinya malapetaka bagi kaum yang ingkar kepada perintah Allah s.w.t. iaitu kaum Nabi Luth. | ||
HARI KEDUA | ||||
5. | Ma’rakah Mu’tah | Terjadi pada 629M atau 5 Jamadil Awal tahun 8 Hijrah, dekat kawasan yang bernama Mu’tah, di sebelah timur sungai Jordan dan Al-Karak. Peperangan berlaku antara pasukan Khulafa’ Rasyidin yang dikirim oleh Nabi s.a.w dengan tentera Rom. | ||
6. | Qal’ah Salehuddin | Sebuah istana milik kerajaan Rom yang Berjaya ditakluk oleh Salehuddin al-ayubi di Karak. | ||
7. | Maqam Sahabat | Zaid bin Harith | Seorang sahabat Nabi s.a.w yang menjadi panglima perang Mu’tah. Lahir pada tahun 578, dan wafat pada 629H. | |
Jaafar bin Abi Thalib | Anak kepada Abi Thalib (bapa Saudara Rasulullah s.a.w). abg kepada Saidina Ali bin Abi Thalib | |||
Abdullah bin Rawahah | Salah seorang Panglima perang sewaktu berlakunya peperangan Mu’tah. Beliau menggantikan Zaid bin Haritsah dan Jaafar bin Abi Thalib. Khalid bin Al-Walid menggantikan beliau setelah beliau tewas sewaktu peperangan Mu’tah. | |||
8. | Petra | Merupakan salah satu daripada 7 tempat ajaib di dunia yang diiktiraf UNESCO. Sebuah kota yang didiami oleh kaum al-anbat dibawah pemerintahan romawi. Dalam sejarah Islam, mereka ini dikenali sebagai kaum thamud @ kaum Nabi Soleh a.s yang mempunyai kemahiran mengukir. Keunikan tempat ini adalah pada ukiran-ukiran mereka pada dinding bukit yang menakjubkan. | ||
9. | Aqabah | Tempat kegiatan ekonomi Jordan dan kawasan perniagaan bebas cukai. | ||
HARI KETIGA | ||||
10. | Pantai Aqabah | Pantai yang cantik dan jernih. Terletak di kawasan Laut Merah yang bersempadan dengan Israel dan Mesir | ||
11. | Aktiviti Bot Kaca | Aktiviti melihat panorama indah kehidupan laut dengan menggunakan bot di kawasan laut. | ||
12. | Pusat Aquarium Aqabah | Terdapat pelbagai sepsis hidupan laut yang menarik di sana. | ||
13. | Wadi Rum | Kawasan padang pasir yang menarik. Kita akan dibawa dengan menggunakan pacuan 4 roda untuk mengembara dikawasan padang pasir. Pastinya meninggalkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. | ||
























0 ulasan:
Catat Ulasan